Total Pageviews

Saturday 3 September 2011

Eid Mubarak 1432H

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya menukilkan ucapan Selamat Menyambut Aidil Fitri 1432H kepada semua yang menatap blog ini.

Sebagaimana  biasa hari raya Aidilfitri disambut meriah oleh kita semua. Kunjung mengunjung, memasak makanan untuk dihidang kepada para tamu, membersih menghias rumah serta mempersiapkan baju raya telah menjadi agenda utama kebanyakan kita. Hinggakan kita terlupa akan Ramadhan yang mulia, bula rahmat dan ampunan yang sedang meninggalkan kita. Kesibukan membuat persiapan menyambut 1 syawal telah menyibukkan kita untuk menutup malam Ramadhan dnegan amalan penutup yang seharusnya lebih hebat dari malam-malam sebelum. Saya sendiri tidak mampu lagi untuk mengkhatamkan Al-Quran 30 juzuk itu dan begitu sibuk sekali pad amalam menjelangnya Syawal. Perasaan sayu terpalit di hati,  apabila terlintas di fikiran masihkah ada rezeki untuk saya ketemu Ramadhan pada tahun hadapan? Sudahkah saya mendapat ampunan Allah pada Ramadhan yang saya jalani  kali ini? Sedang kata Jibrail a.s
 "Celakalah, mereka yang berlalunya Ramdhan tetapi tidak mendapat ampunan Allah" Nauzubillah.

Sebagaimana biasa juga, pada bulan Syawal ini  amalan mengunjungi pusara kaum keluarga yang telah dulu menjenguk ke alam baqa dilaksanakan oleh waris yang masih bernyawa. Alhamdulillah, saya  telah berkesempatan mengunjungi pusara bonda di akhir Ramadhan- membersihkan pusara dan menghadiahkan bacaan Yaasin- Moga bonda dibebaskan daripada azab kubur berkat dia menanam akidah Islam di dalam hati ini. Saya turut memanjatkan rasa kesyukuran,  kerana semasa saya membersihkan kubur bonda saya tidak bersendirian. Masih ada sedara sekampung yang turut sama berbuat demikian. Alhamdulillah. Begitulah afdhalnya, yang saya faham afdhal/sunat menziarah kubur sebelum menjelang Ramadhan dan di akhir Ramadhan. Di awal /sebelum Ramadhan para ahli kubur gembira kerana akan melalui Ramadhan yang dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka, dihentikan azab kubur. Di akhir Ramadhan, maka bergundah gulanalah mereka, arakian mengetahui akan berakhirlah bulan keampunan-pembebasan azab kubur.
Moga meresap juga rasa keinsafan ke dalam hati ini untuk mengingati Mati yang pasti menjemput saya entah esok entah bila.

Berlalunya 1 Syawal - hari kita meraikan kemenangan, hari kita bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala kurnianya. Harapnya juga, cinta kita terhadap masjid-rumah Allah tidak berakhir dengan berakhirnya Solat Sunah Taraweeh. Harapnya juga, semua amalan sunat yang kita lakukan dalam mengejar gandaan pahala semasa Ramadhan yang lalu berjaya kita kekalkan di bulan-bulan ke depan ini. Harapnya juga, kesabaran kita menahan lapar, dahaga, marah dan mulut serta telinga tika Ramadhan yang lalu bisa juga kita praktikkan dalam bulan-bulan seterusnya.Tiada lain yang kita harapkan pada hari yang mendatang, melainkan bertambah dekat kita dengan Allah, bertambah ringan badan dan hati untuk mengerjakan amal dan makin berkuranglah sikap buruk yang ada pada diri kita...insyaallah

Sisa syawal ini moga mampu kita menunaikan Puasa Sunat enam hari di bulan Syawal, yang mana Allah telah menjanjikan pembebasan daripada api neraka. Tahun sudah, sungguh dunia ini melalaikan saya sehingga puasa enam tidak dapat saya tunaikan. Tahun sebelum itu pula, saya berpeluang menunaikan puasa enam, tapi saya sedar kualiti puasa itu hanya setakat melaksanakan puasa-menahan lapar dan dahaga. Saya tidak yakin puasa enam saya pada tahun tersebut dapat menjanjikan pembebasan dari api neraka kerana yang berpuasa hanya sang perut dan lidah. Tidak pula hati.

Moga kita semua menjadi insan yang lebih baik selepas Ramadhan yang baru meninggalkan kita. Moga ampunan Allah menjadi milik kita dan moga juga hari-hari mendatang tidak menghilangkan fokus kita pada hari akhirat dan kita berjaya mem'pasakkan' ke dalam hati bahawa dunia ini hanya mainan dan terus mengingatkan diri saat berdiri di Padang Mahsyar- yang huru hara, yang dimana masing-masing kerisauan akan nasib untuk dihisab!

Salam Aidilfitri wahai sahabatku, selamat menunaikan ibadah puasa enam....Assalamualaikum...



Dr Maza- Tawakkal Adalah Keajaiban


 Klik di sini --> http://www.youtube.com/watch?v=erTr3nI6ZDg&feature=related