Total Pageviews

Saturday 14 July 2012

Sebiji Kurma! Ambillah Semua!

Seperti diceritakan oleh Ustaz dalam slot motivasi pagi di IKIM FM

 
Diceritaka pada  zaman Rasulullah saw, ada seorang sahabat yang sedang nazak. Para sahabat kemudiannya  mengajak Baginda Saw menziarahnya; Sesampai di rumah beliau, baginda Rasul SAW terus mengajarkannya menyebut 'lailahaillah'..beliau mengikut bacaan itu, dengan baik. Namun begitu, sebelum matanya tertutup dia tiba tiba dia berkata 'sebiji kurma! Ambillah semua!...' Para Sahabat yang hadir termasuklah Saidina Umar Alkhattab  RA sangat  terkejut namun tidak berkata apa-apa kerana menghormati pemergian si mati.

Setelah selesai pengkebumian jenazah sahabat tadi, lalu bertanyalah Umar RA kepada baginda Rasul SAW.
'Kenapa beliau mengucapkan perkataan itu Ya Rasullullah? 'Sebiji Kurma! Ambillah semua?' Jawab Baginda Rasul SAW yang lebih kurang bunyinya

'Sebenarnya, si mati telah nampak pahala yang dikalungkan di lehernya sebelum menuju alam barzakh, sekiranya mati dalam iman, maka kita akan dikalungkan dengan pahala yang akan dibawa, sebaliknya sekiranya mati yang buruk, dikalungkan di leher kita dosa tatkala menuju ke alam barzakh. Si mati ini telah melihat pahala yang akan dikalungkan ke lehernya, dan dia teringat sebelum dia atuh sakit dia ada mensedekahkan separuh dari kurma yang hanya ada sebiji untuk dimakan berbuka puasa tetapi diminta pula oleh seorang fakir miskin yang kelaparan. Maka si mati ini telah membahagikan dua kurma yang sebiji itu, sebelah diberikan kepada si fakir, sebelah lagi  untuk dia berbuka puasa. Maka tadi, setelah dia menghampiri maut , dia  telah dapat melihat  pahala sebelah kurma yang telah disedekahkan kepada si fakir itu, maka timbullah sesal dihatinya kerana sepatutnya dia serahkan semua kurma itu kepada si fakir untuk mendapatkan pahala yang lebih besar!'
Subhannallah, sahabat betapa jauhnya kita dengan sikap zuhud para sahabat, yang sanggup mengorbankan segalanya demi pahala akhirat yang kekal. Kita? Apa-apa pun dahulukan kepentingan dunia..moga kita diberi hidayah dan berusaha untuk sentiasa bersedekah..bercakap mengenai sedekah, kita masih belum mampu untuk bersedekah sebagaimana diamalkan oleh para nabi dan sahabat. Mereka amat dermawan meskipun bukanlah terdiri dari golongan yang berada. Semua harta yang ada dibelanjakan untuk jalan Allah. Saya masih teringat kisah Saidatina Khadijah, seperti yang diceritakan oleh ustaz yang mengajar di Pejabat saya. Saidatina Khadijah merupakan golongan bangsawan di kota Makkah tatkala beliau berkahwin dengan Nabi SAW. Namun, saat beliau menghampiri maut, tiada apa yang tinggal, semuanya disedekahkan ke jalan Allah kerana yakin pahala yang lebih besar dan ganjaran yang hebat menanti selepas mati. Ustaz kata, semasa Saidatina Khadijah sakit tenat, Nabi SAW menangis mengenangkan betapa payahnya Khadijah dan betapa banyaknya pengorbanan yang telah diberikan demi Agama Allah, namun Saidatina Aisyah dengan redha menyatakan sedikit pun tiada sesal atas keadaannya yang susah ketika itu, kerana semuanya milik Allah dan semua diberikan untuk Allah! 
Kita hari ini hidup dalam dunia materialistik. Saya sendiri mengakui, terlalu banyak pembaziran yang telah saya buat berbanding dengan belanja ke jalan Allah. Saya ingin memperbetulkan segalanya. Perbelanjaan kita seharian, menjurus kepada keperluan dunia, segalanya untuk memuaskan kehendak dan nafsu, yang habis begitu sahaja, Hak orang miskin dalam harta kita selama ini kita lupa. Saya menyeru kepada semua agar menanam azam dan bertindak sekarang. Mari kita belanja untuk akhirat. Perbelanjaan sedekah itulah yang akan membantu kita di alam kubur dan padang mahsyar kelak. Semoga Allah mengurniakan kita limpahan rezeki seperti Siti Zubaidah, isteri Amirul Mukminin yang sangat dermawan. Amin

Wednesday 27 June 2012

Bila Nikmat Kesihatan Di Tarik...

Assalamualaikum w.b.r...

Alhamdulillah setelah sekian lama, tidak berpeluang menconteng kertas maya ini, hari ini bersamaan 8 Syaaban 1433, sempat juga jari yang malas ini menari di papan kekunci yang tak berapa nak bersih ni. Huhu..

Diam tak diam, kita bakal bersua dengan Ramadhan lagi, insyaallah kalau panjang umur. Alhamdulillah ramai sahabat yang berpuasa sunat bermula Rejab lagi..moga kita dapat menyiapkan mental dan fizikal untuk menyambut Ramadhan 'lubuk pahala' yang penuh rahmat Allah.

Sedar tak sedar...dalam sibuk menjalani rutin harian, saya terpanggil untuk menjalani ujian tekanan darah baru-baru ini. Itupun secara kebetulan. Entah macamana bacaan tekanan darah saya pada ketika itu sangat tinggi - 180/100. Dengan nada terkejut dan bercampur nak marah- Doktor bertanyakan -apa yang saya dah buat?
 ' kenapa darah awak terlalu tinggi? ini boleh menyebabkan strok! Awak tahu?

Kuang..kuang....

Mendengar perkataan stroke mata saya berpinar. Sepantas kilat, ingatan saya melayang kepada arwah emak saya yang sangat dirindui Hajah Midah Ali. Tatkala itu juga rasa insaf menerpa masuk ke kotak hati (ceewah macam lagu hujan!)

Saya terus beristigfar dan mula teringat bila kali terakhir saya hadiahkan solat sunat si mati buat arwah dan bila kali terakhir saya ke kuburnya...memang benar...saya telah lupa..yang saya pun mempunyai tendency untuk  MATI pada bila-bila masa....Kehidupan harian kita yang dipenuhi dengan tugasan di rumah, di pejabat telah melupakan benak kita dari merenung BILA AGAKNYA TAN SRI IZRAIL DATANG MEMBERI SALAM KEPADA KITA?

Sedang Nabi Muhammad SAW telah bersabda 'Orang bijak ialah orang yang mengingati MATI '. Mau taknya..kalai ikut kajian di universiti mana kat negeri mat salleh saya dah lupa, orang yang mengingati akan menjadi lebih baik dan positif kerana dia akan melakukan terbaik dan mempersiapkan segalanya sebelum meninggalkan orang tersayang.


Keluar dari bilik Doktor macam-macam perkara berpusu-pusu menerjah ruang mindaku. Yang pasti, saya tidak mahu melalui apa yang telah dilalui oleh arwah emak. Saya sedikit ralat kerana setahu saya, saya seorang yang agak menjaga pemakanan, aktif bersenam terutamanya aktiviti kardio-Sekurang-kurangnya 3  kali seminggu. Cuma tabiat yang sukar saya buang ialah mengambil kafein- ye mengambil cafein! bukan heroin! huh! hee...antara terapi saya ialah minum nescafe dengan kadar yang agak 'kaw gile' walla...

Kembali kepada cerita arwah bonda saya itu. " I refuse to end up like her' ayat ini berulang-ulang kedengaran dalam benak saya sehingga saya rasa sesak nafas. Ye. Emak saya yang dikasihi, diserang angin ahmar pada usianya 39 tahun! kenapa? tak percaya? percayalaaaaaaaaaaaaaaaaah..dan semenjak itu bermulalah detik sedih di dalam hidupnya-!

Dipendekkan cerita, selang beberapa tahun bapa saya kahwin lain -saya tidak marah- itu memang sunnah. Cuma.... apa yang dirasai oleh Emak cukup mengharukan. Dia merasakan dirinya seolah tiada nilai- bila sakit, suami tidak lagi menyayangi seperti dulu...macam kata pepatah 'Sudah Dapat Gading Bertuah, Tanduk Tidak Berguna Lagi...' Walhal bagi saya..ayah saya ok aje. Tapi biasala.. konflik akan timbul kalau dah hidup bermadu.

Sedangkan rumah tangga Junjungan besar kita Nabi SAW pun ada geloranya di antara Aishah, Hafsah dan 6 isteri nabi yang lain. Inikan pula rumahtangga kita yang di tahap awam ini dan cikai ini... Tapi impak konflik kepada wanita yang sakit terasa lebih besar. Emak merasakan dirinya ibarat sampah--? maaf cakap bukan nak buka pekung, tetapi hakikatnya seorang lelaki apabila isteri sakit...hmmm bermula dari detik itu, kesihatan arwah mak makin terjejas. Kecewa hati bagai disiat-siat pula bila mengenangkan semasa ayah saya pakai motor honda cup tayar sotong, semasa itula ibu kuat bekerja membantu ayah. Sehinggalah Allah mengurniakan rezeki melimpah-tetiba Allah uji emak saya dengan sakit ini.

Dan seperti biasa apabila lelaki membawa kereta besar/ nampak macam orang kaya (walaupun hakikatnya hutnag keliling pinggan dan cawan ehehe), tetiba ramai wanita di luar sana yang jatuh hati. Walhal, saya berani potong jari, masa ayah saya bawak kapcai tu, takkan ada wanita yang akan jatuh hati punyalah!

Saya masih ingat semasa kami susah, sayalah yang mengikuti emak menjaja kuih keliling kampung, mencuci rumah tokey cina (cleaner la senang cakap- sebab tu sampai skang aku memang alergi habuk dan kekadang dah jadik cam cleanerholic! yela penah jadik cleaner u! hehe), menanam sayur, mencari pucuk paku kat hutan, menoreh getah, menyauk udang (korang mesti tak tahu camner menyauk udang kan? untuk maklumat lanjut bole PM kat FB saya hehe), mengutip ulaman kat sungai..mencari lokam..ish banyak betulla kerja yang arwah mak buat untuk membantu ayah menyara keluarga. Hinggakan panjat pokok manggis pun emak buat, termasukla mencangkul rumput untuk dijual- waktu malam pun dia sanggup pasang pelita dan cangkul rumput! memang kuat gile mak kerja. Itula yang menjadi sumber inspirasi saya selama ni.... :(

Tetapi...selepas kami sedikit senang...dan Arwah Emak sakit..segala pengorbanan yang dia buat sirna di bawa angin....

Akhirnya emak meninggal dalam keadaan sakit tenat dengan hati yang lara....

DAN SUDAH TENTUNYA SAYA TIDAK MAHU SEJARAH ITU MENIMPA SAYA. saya tahu manusia akan berubah. Suami yang baik dengan saya pada hari ini belum tentu akan jadi orang yang sama saya kenal lagi 10 tahun. Saya tidak akan mampu melawan takdir, andai Allah mentakdirkan perkara yang sama.....

Cuma...sejak doktor mengesahkan saya berisiko menghadapi keadaan yang sama dengan arwah emak...saya mula melihat dunia dari sisi yang lain..

Saya muhasabah diri, saya cari maklumat berkaitan , dan sahlah cara saya membawa diri saya ...cara saya berfikir sedikit sebanyak menyumbang ke arah kesihatan saya. Kalau ikut 7 faktor penyebab darah tinggi mungkin hanya dua yang relevan dengan saya. 1. Genetik 2. Stress


    P/s: erk aku takde la stress sampai gini heehe

Untuk itu, saya perlu lebih positif, kurangkan risau, cuba untuk lebih bertenang tiapkali berdepan dengan keadaan tegang. (teringat dialog  siri kartun Aulad kat TV Hijrah - 'Allah wants me to be patient!') . Saya juga perlu mengubah tabiat pemakanan saya, kurangkan garam, no more ajinomoto, perasa tambahan bla bla..and off course no more nescafe (erk seminggu sekali bleh la kut.,.kalau ye pun nak mati, biarla mati dalam keadaan GEMBIRA! hehe)..saya juga perlu mengubah fokus hidup..memang diakui saya tertipu dengan dunia... :(

Bila saya renung balik, dalam masa 12 jam saya bernyawa (tak tido la maknanya), berapa minit atau saat sangat saya fikir atau kenang saat saya di alam kubur, saat saya di padang mahsyar, saat saya menerima buku amal kelak? hmm kekadang takde! even masa solat pun duk fikir pasal kerja! Benarlah kata Ustaz yang mengajar hadis di pejabat saya ni. "Dunia ini bangkai, siapa yang mengejar bangkai? Anjing sahaja!' kata beliau itu adalah hadis nabi. Setiap kali sesi kelas hadis, ustaz kerap kali mengulang-ngulang dan cuba meyakinkan kami bahawa dunia ini tiada apa-apa. Ia ibarat istana pasir yang kita bina, akhirnya hancur dan tak berguna lagi...

Bila Allah mula menarik nikmat kedua terbesar selepas iman yakni KESIHATAN saya, ia ibarat 'alarm clock' buat saya. Ia mengingatkan tarikh 'dating' saya dengan Tan Sri Izrail semakin dekat, ia mengingatkan saya betapa sikitnya amalan yang nak saya bawa, betapa sedikit sedekah yang saya keluarkan. dan paling penting betapa sikit tabungan Haji saya (asyik korek memanjang dala tarikh haji dapat 2048! da ganyut baru nak ke Mekah! Sesal sungguh sebab kesedaran tak terbit sejak dulu! hhuh Jahil punye pasal!)- tiba-tiba saya jadi risau (erk ni symptom pesakit darah tinggi ye!) , sekiranya saya tidak mampu menunaikan haji sedangkan banyak perbelanjaan yang boleh dikategorikan tidak perlu telah saya buat selama 33 tahun saya hidup! saya perlu betulkan segalanya!!! haiyaaaaaaak!

Saya bersyukur, sakit ini rahmat untuk saya. Saya mengenal diri, kata Prof Dr Muhaya orang yang mendapat darah tinggi adalah orang yang selalu risau. Orang yang selalu risau sebenarnya tidak
penuh pengharapan pada Allah atau dalam bahasa kasornya tidak YAKIN pada Allah! nauzubillah..


Buat sahabat yang masih sihat dan segar bugar -bebas penyakit, hargailah ia sebelum ianya ditarik, beramallah, taatlah. Jangan tangguh-tangguh, takut nanti tetiba dijenguk dek Izrail- kita tengah lalai dan ingkar....
alhamdulillah...penyakit saya ini didiagnosis awal.... Doa saya semoga saya mati dalam keadaan saya masih mampu menunaikan solat dan berdiri tegak mengadap Allah dengan sempurna. Menjadi impian saya untuk mati tatkala diri sedang beribadah kepada Allah. Moga kita semua begitu. Berjumpa dengan Pencipta kita yang agung dalam keadaan kita mengingatiNYA! amin....




Friday 20 April 2012

Zakat , Kita dan Alasan

Assalamualaikum...

Bila bercakap tentang zakat, ramai di antara kita merasakan mereka tidak relevan dengan perkataan itu. Ramai yang beranggapan, mereka belum layak membayar zakat. Bahkan merasakan diri tergolong dalam rakyat yang berada 'di bawah tahap kemiskinan'. Buat masa ini di Malaysia golongan dalam kategori ini didefinasikan sebagai mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Namun begitu dari segi hukum syarak betulkah begitu?

Ramai antara kita tidak mahu membuat potongan gaji untuk zakat dengan alasan gaji sentiasa tidak cukup untuk menampung keperluan harian. Tapi pernahkah kita renung, apa punca gaji tak pernah cukup? atau 'ngam ngam coi' itu?

Kita rasa kita tak layak membayar zakat, tetapi kita mampu membayar ansuran bulanan MPV atau SUV atau sekurangnya kereta sedan buatan Malaysia, tidakla pula kita memakai kereta Datsun Tonggek atau kereta yang dalam kategori boleh dilupuskan oleh Puspakom?

Kita rasa kita belum mampu bayar zakat, tetapi jam tangan kita paling busuk pun jenama Casio atau Citizen atau lebih canggih Bonia, Swatch, Tissot dan macam2 lagi, tidak pula kita pakai jam brand Q & Q.

Kita rasa kita masih susah, walhal kita saban minggu mampu makan di luar, di restoren yang mengenakan cukai perkhidmatan pulak tu yang tentunya sekali makan bukanlah RM20 ringgit ke bawah. Tidak pula kita makan nasik berlaukkan budu atau telur masin hari-hari atau makan nasi digaul garam!

Kita rasa kita tak boleh bayar zakat, walhal kasut kita beli paling kokak pun jenama Adidas, Carlo
Rino , Power, Camel, Nike dahla dua tiga pasang, bukan pulak kita pakai kasut jenama 'Cap Gombak'.

Kita rasa belum sampai masanya kita bayar zakat, walhal baju kita penuh satu almari, tiap bulan berganti, baju batik berhelai2, blouse, tshirt bla bla... tak penah pulak kita pakai baju yang orang sedekah atau baju yang makcik kemboja duk jual dari rumah ke rumah tu atau baju 10 tahun lepas...

Hakikatnya kita manusia sering beralasan. Allah sendiri telah menceritakan hal ini dalam al-Quran. Waima depan Allah kelak pun kita masih berbantah-bantah.

Jadi teman, mari kita baca balik apa itu zakat? Kenapa ianya dituntut berulang-ulang dalam al-quran selepas tuntutan solat? . Tak lain tak bukan kerana dalam rezeki kita tu ada hak orang susah, yang tidak mampu berbelanja sebagaimana kita di atas.

Diceritakan oleh ustaz, pada zaman saidina Umar, semua tenteranya yang mempunyai gaji tetap diwajibkan membayar zakat. Tengok tu? takkanlah gaji tentera masa tu mahal bebenor?

Allah itu Maha Adil, diwajibkan zakat supaya semua orang takkan miskin kedana. Tapi apa yang berlaku hari ini adalah dari dasar kapitalis, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin papa...

Tak kurang juga antara kita menganggap, bila bagi sedekah itu dah kira zakat. Tidak tuan-tuan, meh pakat mengaji semula, jangan sampai kita pepandai memberikan hukum. Cakap ustaz, jawatan Amil (pemungut zakat) satu-satunya jawatan yang disebut dalam Al-Quran. Kata-kata siapa dalam Al-Quran itu sehingga berani kita nak nafikan hak Amil itu?

Ramai juga beralasan untuk tidak membayar zakat, adalah kerana pusat Zakat telah menyalah guna dana. Sedangkan kata ustaz, itu adalah isu lain, sekurang-kurangnya kita telah melepaskan tanggungawab kita dan pada masa yang sama bolehlah kita memainkan peranan kita melalui NGO atau apa-apa platform untuk menentang kebobrokan ini.

Bayarlah zakat, wahai sahabat, sungguh tidak luak duit kita hanya bayaran 2.5% setelah kita tolak pendapatan kita dengan pembayaran asas yang lain. Paling banyak pun atas seribu mau RM10. Akan miskin kah kita kalau setakat potong RM10 sebulan. Walhal Allah telah menjanjikan balasan yang bukan sedikit dan segalanya akan digantikan oleh Allah dalam bentuk yang lain...siapa kita untuk tidak mempercayai janji Pencipta kita sendiri?

Bahkan ciri orang bertaqwa itu, sebagaimana didefinasikan di dalam surah AL Imran ayat 133-135: adalah...orang yang bersedekah walaupun dalam keadaan sempit...sempitkah kita? Tanya diri , muhasabahlah

Saya bukan orang baik, tapi saya sentiasa ingin jadi baik. :) Kata Ustaz, nabi bersabda "Sampaikanlah walaupun satu ayat"...

Saya sendiri dah tua baru nak belajar balik...hakikat kita hidup di dunia....mari sahabat kita cari tok guru...belajarlah lagi...

Wallahualam

Sunday 8 April 2012

Travelog Umrah Saya -2012- Moga Anda Juga Terdetik untuk Ke Sana :)

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh….

Alhamdulillah dengan Izin Allah dapat saya kongsikan travelog perjalanan saya ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah pada 12-14 Mac 2012 bari-baru ini.

Tujuan utama saya berkongsikan travelog ini adalah agar para sahabat dapat bersama-sama merasai pengalaman kembara saya dan suami ke tanah suci dengan harapan terdetik hati sahabat untuk menjadi tetamu Allah.

Keberangkatan saya dan suami ke sana, sememangnya perancangan Allah S.W .T. Pada tahun 2010, saya hanya merancang untuk menunaikan haji apabila tabungan saya mencukupi. Dengan keadaan tabungan yang sentiasa terpaksa digunakan untuk tujuan darurat yang lain, ada masanya seolah-olah harapan saya ke Baitullah dalam masa terdekat semakin jauh. Namun pada 2011, keberangkatan beberapa sahabat ke tanah suci dengan pelbagai cerita yang mengujakan, membuatkan hati begitu rindu untuk mengunjungi rumah Allah itu. Pemergian salah seorang teman, ke tanah suci Mekah kerana menguruskan ayahandanya di Mekah setelah menunaikan umrah, memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan salam saya kepada baginda Rasul S.A.W. Sejak itu, rindu dihati untuk ke sana makin bertambah-tambah. Alhamdulillah, tanpa diduga saya dikurniakan rezeki, pada akhir tahun 2011, dan dengan izin Allah Yang Maha Pemberi bumi Mekah dapat saya jejaki dengan penuh rasa syukur.

Betullah kata seorang teman, niatkan sahaja dan doalah bersungguh-sungguh. Pasti akan ada rezeki untuk kita sampai ke sana. Allah Maha Mendengar lagi Maha Pemberi!

Semoga catatan perjalanan saya ini dapat membuka pintu hati orang yang membacanya untuk pergi ke sana. Kerana, sungguh, Mekah adalah tempat yang sentiasa dirindui oleh orang yang beriman. Sebagaimana yang didoakan oleh Nabi  Ibrahim A.S. Di saat mata memandang Kaabah, di kala dahi sujud di depan Kaabah di masa kita bersesak dengan jemaah lain, merintih, mengadu dan berdoa di hadapan Kaabah- sedarlah kita akan hakikat kerdilnya diri, Hamba Allah yang banyak dosa. Sedarlah diri, bahawa suatu hari nanti beginilah kita akan dikumpulkan menghadap tuhan yang esa…hakikatnya kehidupan harian kita telah membawa kita lalai, hingga terlupa siapa diri kita yang sebenar. Untuk apa kita ke dunia, dan destinasi kita seterusnya. Wallahualam. Selamat membaca…


2 Mac 2012: 10.05 am- Alhamdulillah sekarang saya dan suami  berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menunggu masa untuk berkumpul dan diberikan  taklimat oleh wakil  Syarikat Andalusia pada jam 12 tengahari. Insyaallah kami akan bertolak ke Jeddah pada pukul 3.00 petang dan tiba pada jam 8.00 mlm (waktu Mekah). Seawal 5 pagi saya dan suami telah bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan untuk ke  sini.

Alhamdulillah, abang ipar telah bermurah hati untuk menghantarkan kami. Anak-anak kami tinggalkan bersama kakak ipar di rumah sementara kakak saya dari Kemaman mengambil mereka pada pukul 7.00 pagi. Semasa meninggalkan anak-anak, saya mencium dahi mereka, dan berpesan supaya menjaga diri dan menunaikan solat (Aina). Alhamdulillah saya tidak merasa hiba atau sedih. Segalanya saya serahkan kepada Allah, Dialah sebaik baik penjaga, untuk menjaga Haziq dan Aina. Semoga keduanya sihat dan tidak menyusahkan Ummi Nor dan Abah Li (kakak dan abang ipar saya).

Di saat berpergian begini, barulah terasa betapa kita memerlukan pertolongan orang lain di dalam urusan kita. Saya bersyukur kerana masih ada ahli keluarga yang sudi berkongsi payah di saat saya memerlukan mereka. Hanya Allah jualah yang layak membalas segala pertolongan mereka ini.  Terima kasih Kak Nor dan Abang Li (kakak dan abang saya) serta Abang Sahak dan Kak Ana (kakak dan abang ipar suami). Tanpa mereka, mungkin kami berdua tidak akan mampu untuk menunaikan ibadah umrah ini. Semoga Allah memberkati kalian semua dan dikurniakan rezeki kelak untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji.

Semalam dan kelmarin, ramai sahabat yang datang berjumpa saya dan memberikan ucap selamat, begitu juga jiran. Hati dicuit  perasaan sebak, tatkala bersalaman. Ramai yang mengirimkan doa.  Banyak sungguh hajat yang masih tidak kesampaian diminta disampaikan di depan rumah Allah. Saya merasa amat berbesar hati kerana diberikan amanah untuk membacakan doa para sahabat. Moga Allah memberikan keupayaan menyampaikan amanat ini. Yang paling mengharukan apabila, ada yang mengirimkan wang untuk disedekahkan kepada pekerja mencuci di Masjidil Haram serta untuk menampung perbelanjaan saya di sana. Sungguh  rasa begitu serba salah, kerana merasakan saya telah menyusahkan mereka, dan ianya saya anggap sebagai amanah yang sangat besar. Moga Allah permudahkan urusan saya dan suami. Ya Rahman, permudahkanlah permusafiran ini, terimalah kami sebagai tetamu Mu, kami menyahut seruan Mu Ya Khalik, sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Engkau dan kami mengaku tiada sekutu bagi Mu! Amin

2 Mac 2012 : 2.20 petang-Masih menunggu peSAWat Saudi Arabian, di ruang berlepas KLIA. Hubby sudah siap mengenakan pakaian ihram. Dua helai kain putih yang tidak berjahit dan selipar yang menampakkan semua jari-simbolik membawa diri berjumpa tuhan hanya dengan kain putih. Beginilah keadaannya bila kita mati kelak! hmmmm  Nampak macam nak terlondeh pun ada hehe..setelah selesai berpakaian ihram, automatik perasaan saya menjadi sayu dan pilu. Rasa macam nak menuju kematian pun ada, hanya kain putih dan sekeping hati yang kotor dibawa berjumpa Tuhan. Hati mula terfikir-fikir apakah agaknya ujian yang tersedia untuk saya yang banyak dosa ini di sana. :( . Mohon Allah yang Maha Pengasih menerima penyerahan saya ini.
Hmmm... Sepanjang perjalanan dari terminal ke balai berlepas, hati sering ter'mengulas' gelagat manusia sekeliling. Astagfirullahalazim. Payahnya nak buang peel yang ini! Tadi terlihat wanita Arab pakai jubah yang labuh sehingga menyapu lantai, hati terdetik 'ish ish labuh gile jubah dia, kotor la sapu lantai! Erk! Astagfirullahalazim! Teringat pesan bos saya Cik ZA- ‘kalau terfikir apa-apa atau terkata apa-apa yang tak baik cepat-cepatgigit lidah! Sakit baru beringat!’  Hmm memang akhlak masih belum suci, asyik nak berfikiran negatif aje! Ya Rahman ampunkan aku, jauhilah aku dari berkata atau berfikir perkara yang sia-sia sepanjang ibadah ini! Amiiiiin

2 Mac 2012 : 8.00 pm- Masih menggunakan waktu Malaysia. Sudah empat jam lebih penerbangan..rasa bosan mula menjelma. Skrin di depan kerusi telah banyak kali ditekan butangnya Kedengaran suara anak kecil menangis sejak dua jam tadi. Ye, ada di kalangan kami yang membawa semua ahli keluarganya mengerjakan umrah. Beruntunglah mereka dikurniakan limpahan rezeki! Kepingin sekali untuk membawa anakanda Haziq dan Aina ke kota suci Mekah. Apakan daya ini saja yang termampu setakat ini. Namun, bila difikirkan, adalah lebih baik anak-anak dibawa menunaikan umrah bersama apabila mereka telah akil baligh, sesuai dengan kematangan dan kesediaan mereka untuk beribadah. Wallahualam..hmm perjalanan 8 jam ke Jeddah sememangnya menuntut kesabaran. Bagi wanita yang biasa tak duduk diam, especially. Hehe. Buku dah habis dibaca, mata tak mahu nak lelap, makan sudah ke tandas pun sudah. Alhamdulillah, sungguhpun jauh benar rumah Mu Ya Allah, Engkau permudahkan kami juga untuk menuju Mu dengan nikmat kapal terbang ini. Terasa betapa bersyukurnya dilahirkan sebagai Islam. Dan betapa ucapan terima kasih tak terhingga buat junjungan besar Nabi  Muhammad SAW, yang telah bersusah payah berdakwah sehingga Islam tersebar ke pelusuk dunia termasuklah Tanah Melayu. Buatnya kita duk kat negara yang pedagang islam tak lalu, macamana agaknya kita? Islam kah? Nauzubillah, Hmmm sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KLIA, bila diamati cara berpakaian dan hidup kita, benarlah. Kita sudah semakin tersasar dari Islam yang sebenar. Pakaian ihram ini banyak menyedarkan saya. Inilah had aurat wanita yang sebenar. Hakikatnya baju saya yang sedia ada banyaknya kalau dipakai-memang tidak boleh dipakai untuk ihram. Maknanya pakaian saya tu tak ikut syariat Islam yang sebenar L. Hakikatnya aurat wanita yang boleh dizahirkan hanyalah muka dan tapak tangan. Pakaian perlu longgar dan tudung mesti lah dilabuhkan ke  bawah dada. Insyaallah, pakaian ihram inilah yang akan dikekalkan sekembalinya saya dari umrah ini.. J ..moga Allah memberi taufik berkekalan kepada kita semua. Amin

2 Mac 2012: 8.35 malam:  Tentunya waktu Jeddah! Alhamdulillah selamat mendarat di Jeddah selepas bertolak dari Riyadh, rupanya penerbangan ini berhenti sekejap di Riyadh sebelum terus ke Jeddah. Alhamdulillah sekali lagi kerana telah usai berniat di miqat Qarnulmanazil (sempadan untuk memasang niat sekiranya kita terus ke Mekah), kini masa untuk bertalbiah hinggalah usai pemeriksaan keselamatan dan menaiki bas ke kota Mekah! Baitullah kami menuju Mu J.

2 Mac 2012: 9.50 pm:- Masih di Lapangan Terbang Terminal Haji  King Abdul Aziz, menunggu mutawif membawa kami untuk pemeriksaan Kastam dan Imegresen kemudian menaiki bas ke kota suci Makkah. Sebelum itu, kami akan menunaikan solat jamak isya' dan magrib di sini. Cuba teka pukul berapa agaknya kami akan naik bas? Tunggguuuu…

4 Mac 2012- 8.40 am- Alhamdulillah, sedang menunggu bas untuk mengulang umrah. Kami tiba di Mekah jam 1 pagi, dua hari yang lepas. Sesampai di bilik hotel, terus membersihkan diri dan memulakan ibadah umrah pada pukul 2 pagi. Kami dipimpin oleh Ustaz Akashah yang membawa kami dari hotel ke Masjidil Haram. Perjalanan dari hotel hanya mengambil masa kira-kira 5 minit, 400 meter dari Masjidil Haram. |Kami ditempatkan di Alharam Tower Hotel. Ibadah umrah mengambil masa kira-kira dua jam.

Pertama kali melangkah ke Masjidil Haram, hati saya berdegup kencang. Pelbagai cerita orang dan kisah yang dibaca bermain diminda. Teringat cerita, orang yang tidak nampak Kaabah akibat dosanya. Saya tidak berhenti bertalbiah sambil memohon ampun agar ibdaha ini berjalan lancar.  Saat melepasi pintu masuk masuk utama, King Abdul Aziz dari kejauhan telah kelihatan kain hitam Qiswah yang menutupi  Baitullah - semakin dekat melihatnya, hati meruntun mengenangkan betapa Allah masih sudi menerima hambaNya yang penuh dosa ini untuk menjadi tetamuNya. Sepanjang 7 pusingan tawaf, doa dibaca dipimpin oleh ustaz. Selesai tawaf, kami menuju ke belakang Makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat ihram 2 rakaat.  Saat ini airmata bercucuran tatkala membaca doa yang dipimpin oleh ustaz. Semua jemaah, menangis, merintih. Perasaan syahdu dan hiba menusuk kalbu. Betapa, setelah bertahun menanti kami semua diterima untuk menjadi tetamu Allah. Kemudian ustaz membawa kami ke Bukit Safa untuk menunaikan saie dan seterusnya bertahalul (bergunting). Suasana tawaf, agak selesa kerana masih di awal pagi. Masuk ke Bukit Safa untuk memulakan saie keadaan mula sesak. Seolah mengerjakan saei haji pula. Bermacam jenis manusia berkumpul di sini kerana mencari ampunan Allah, merintih, mengakui dosa dan mengharapkan keredhaan Allah. Termasuklah diri ini yang bertimbun dosa. Jika disusun dosa ini mahu tingginya dosa saya setinggi Jabal Thur!. L .
Sepanjang berada di Masjidil Haram, cabarannya ialah untuk mengekalkan wuduk, dan memperbaharui wuduk. Kedudukan tandas yang agak jauh dari tempat solat, dan ruang solat wanita yang terhad, sungguh menguji kesabaran Iya, di rumah Allah ini, saya banyak belajar erti bersabar, menahan marah dan beristigfar. Suatu perkara yang amat payah saya lakukan ketika di tempat kerja dan di rumah! Hehe..Saya sempat juga  meneliti gelagat jemaah Turkey dan Indonesia. Mereka agak dominan di sini. Peniaga di kedai-kedai pula boleh bertutur bahasa Indon dan Malaysia. Pekerja di Masjidil Haram pun sama. Semasa menunaikan solat saya juga berjumpa dengan ramai sahabat senegara. Alhamdulillah Allah telah mengurniakan rezeki melimpah kepada rakyat Malaysia sehingga ramai sekali orang kita di sini. Saya sering mengingatkan diri agar tidak mengulas yang tidak-tidak sepanjang saya di sini. Tetapi sudah kelemahan diri ada juga rungutan bisu melintas di hati tatkala muslimah Turki melangkah kepala, memegang kepala untuk lalu, dan paling best tatkala saya bangun dari sujud semasa solat- dalam kain muslimah Turkey menutupi kepala saya! Hehe...ujian sayalah ini. Cepat-cepat saya beristigfar.

Saya juga kehilangan kasut kesayangan kerana cuai, terlupa membawa beg kasut untuk menunaikan solat. Balik berkaki ayam-beralaskan stokin, alhamdulillah. Pengajarannya, sebelum menunaikan solat di masjid, perancangan perlulah rapi- apa yang perlu dibawa, di mana nak kasut nak diletak, di mana nak berjumpa dengan sahabat atau suami. Mencari pintu yang sama juga menguji kekuatan ingatan kita. Sepanjang di sini saya ke masjid bersama suami. Jadi kebanyakan masa di dalam Masjidil Haram saya bergerak seorang diri. Meredah lautan manusia, mencari paip/balang air zam-zam yang berkat dan mencari tempat wuduk. Yang penting kena tahu perkataan keyword bahasa Arab atau Inggeris atau Indon! Kebanyakan pekerja di Masjidil Haram adalah Indon dan Bangla! Kagum betul saya dengan tahap survival orang Indonesia. Mereka berkerja sebagai pencuci, pembawa bas, tukang masak dan sebagai penjaga kaunter hotel. Mereka boleh hidup di mana saja kerana kecekalan dan sifat kuat bekerja! Semalam saya berjalan ke masjid bersama dua orang makcik dari Kuala Lumpur. Hubby terpaksa ditinggalkan (sebenarnya banyak kali kena tinggal hehe) kerana saya perlu mengejar masa! Ye, muslimah perlu sampai lebih awal ke masjid kalau ingin  solat dengan selesa di dalam Masjidil Haram kerana ruang solat mereka terhad berbanding lelaki. Tapi yang saya ‘salute’, makcik sorang tu tenaganya mengalahkan saya. Berjalan laju macam atelit pejalan kaki negara, Dia juga mempunyai tahap kemahiran mencilok di celah-celah jemaah yang tinggi hehe. Terkial-kiallah saya menurutinya dan memimpin rakannya yang sorang lagi yang tidak berapa sihat. Seronok saya melihat ‘energy’ beliau untuk beribadah. Dia juga mahir dengan pintu-pintu masuk Masjidil Haram, di mana nak naik ‘escalator’ dan sebagainya. Moga saya diberi kekuatan sepertinya apabila tua kelak! Amin!

Berbalik kepada keadaan hotel buat pakej tak se'mehe' mana pun turut  menguji juga. Kami perlu banyak beristigfar tatkala menunggu giliran menaiki lif yang terhad muatannya, berkongsi kunci pintu bilik dengan 4 orang rakan yang jadual ibadahnya tentulah tak sama dengan kita. Itu semua diharungi dengan redha, sebab sememangnya kita ke sini untuk berserah pada Allah, untuk beribadah dan mengenang kepayahan di saat berkumpul di padang mahsyar kelak. Tatkala saya mula merasa hangin kerana menunggu , saya teringat pesan Cik Za, Cif Zainordin dan rakan yang lain- 'banyyakkan bersabar di sana'-'Kita ke sana bukan nak bersenang lenang tapi nak bersusah payah,'

Ya hari pertama saya agak fail tentang sabar sebab saya agak hangin satu badan apabila pintu bilik terkunci   dan saya sudah tidak tahan untuk  mandi dan ke tandas. Erk astagfirullahalazim..hehe…saya beringat selepas itu J


Di luar masjid, dapat dilihat ramai sekali jemaah yang bersolat, tidur baring bahkan menjadikan kaki lima sebagai 'hotel' mereka. Mereka adalah jemaah dari negara berdekatan, yang tiada kemampuan seperti kita. Pastinya Allah memberikan ganjaran pahala berganda buat mereka kerana mereka menempuh kepayahan yang lebih berbanding kita, yang segala macam dah disediakan oleh agen. Itupun masih ramai jemaah yang ‘mengomel’ - Itu tidak kena, ini tidak betul. Hmm..keadaan jemaah ini amat menginsafkan saya dan mengajar saya supaya bersyukur.

Teringat cerita teman saya, Mama Tun, ‘memang ada jemaah yang lebih selesa solat di luar masjid, di tempat yang pada pandangan kita tidak selesa dan tidak bersih, apa boleh buat itu kadar dia!’ Saya pun mengomel pada suami saya- ‘Kenapa diaorang ni ye, kalau datang awal, masukla dalam masjid, apesal solat kat sini?’ jawab suami saya dengan penuh cool ' laa..awak sepatutnya bersyukur, sebab mereka duduk kat luarlah awak masih ada tempat dalam masjid!' Masyaallah! Sungguh saya tidak terfikir demikian! Betapa saya tidak berbaik sangka! Walhal itu yang diperintahkan oleh Allah Subhanahuwataala! Pengajaran! L

Sepanjang perjalanan balik dari masjid pula, seusai solat berjemaah, kita akan dapat melihat wanita kulit hitam- (difahamkan kebanyakan mereka ni tiada permit-PATI dan bermastautin di atas bukit-di sekitar Mekah)  menghamparkan kain dan menjual barangan secara 'illegal'. di atas jalan raya. Sambil menjerit 'khomsah,khomsah' maknanya ‘lima,lima' merujuk kepada lima rial  atau 'asharo, asharo' merujuk kepada sepuluh rial. Macam-macam ado dijual. Saya pun geram nak menyambar, tetapi mengenangkan masih 'baru' di sini, saya pendamkan dulu hajat untuk membeli buah tangan buat sahabat-sahabat dan keluarga. Bila melihat peniaga ini saya teringat Mama Tun- dia telah banyak bercerita berkenaan jualan 'jalanan' ini, dan telah menasihatkan saya supaya, berhati-hati kerana semasa kelam-kabut berjual beli ada tangan yang 'mencopek'!.

Saya juga sangat bersyukur kerana kedudukan hotel yang agak hampir dengan masjid dan selera makan saya yang bertambah-tambah walaupun makanan biasa-biasa aje enaknya J . Jadi janganlah terkezut sekiranya sekembalinya saya ke Malaysia, bertambah-tambah chubby wajah saya hehehe. Semoga kesihatan menjadi milik kami semua di sini untuk merebut pahala beribadah di Rumah Allah ini- Dimana pahala menunaikan satu solat  adalah 100,000 pahala berbanding solat jemaah biasa 27 pahala. Memandang Kaabah pun mendapat 40 pahala, mencium Hajarul Aswad, berdoa di tempat yang mustajab seperti di Multazam, di Hijr Ismail.Ya Allah Ya Rahim..berilah kemi kekuatan!
5 Mac 2012-8.15 pagi Dalam perjalanan ziarah ke Jabal Thur. Sejarahnya di sini, Nabi  SAW pernah bersembunyi di Gua Thur apabila dikejar oleh kaum Musyrikin yang berniat untuk memancung Nabi  SAW. Nabi  SAW ketika itu ditemani oleh Abu Bakar Assiddiq untuk menyelamatkan diri. Orang-orang Musyrikin semuanya mencari Rasul SAW semasa baginda bersembunyi di sini. Diceritakan Allah menghantarkan labah-labah untuk membuat sarang, burung merpati juga untuk membuat sarang, supaya kelihatan seolah-olah tiada jejak manusia masuk ke dalam gua itu. Maka terselamatlah Nabi  SAW dengan izin Allah. Semasa Nabi  SAW ingin keluar dari rumahnya, Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. Baginda telah menaburkan pasir dan seterusnya membaca potongan ayat Al Quran, dan ditaburkan ke arah tentera Musyrikin yang berkawal di luar rumah. Maka tidurlah semua tentera tersebut sehingga tidak sedar Nabi  melangkah keluar. Nabi  SAW diriwayatkan bersembunyi di Gua Thur selama tigahari. Kemudian baginda bersama sahabat   berhijrah ke Madinah yang mengambil masa 14 hari perjalanan-400 lebih kilometer jaraknya. Diriwayatkan semasa berada dalam gua itu, Abu Bakar telah menutup satu lubang yang kelihatan bagi mengelakkan kaum musyrikin yang mengejar Nabi  mengesan mereka. Sedang dia menutupnya, seekor binatang berbisa telah mematuk beliau, Abu Bakar cuba menyembunyikan rasa sakit dari NABI  SAW sehingga menitis air matanya. Apabila baginda bertanya barulah Abu Bakar memberitahu bahawa dia sedang menahan kesakitan. Maka baginda meletakkan ibu jarinya ke lelangit dan membaca sepotong ayat kemudian, menyapu jari baginda yang suci ke tempat gigitan tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah. Begitulah tingginya cinta rasul di kalangan sahabat…kita????

5 Mac 2012-9.00 pagi – Kami bergerak ke Padang Arafah, tempat di mana berjumpanya Nabi  Adam dan Siti Hawa setelah sekian lama terpisah apabila diturunkan ke bumi kerana memakan buah larangan-khuldi. Mereka berjumpa di Jabal Rahmah- bukit kasih sayang. Setelah 40 tahun terpisah. Cerita Ustaz,  di sini juga malaikat Jibrail turun untuk sampaikan wahyu kepada Nabi  Ibrahim. Di sini, doa amatlah makbul di Musim Haji. Ustaz juga menceritakan berkenaan tanah haram- kenapa ianya dipanggil tanah haram? Nabi  Ibrahim yang mengharamkan tanah ini. Jibrail yang memberitahu di mana tempat tanah haram- Maksud tanah haram ialah kawasan di mana tidak boleh buat benda yang tidak baik. Mematahkan pokok, berburu, membawa apa-apa seperti batu dari tanah haram balik adalah dilarang. Pada Arafah perlu dikunjungi sekali sahaja semasa ibadah Haji, yakni apabila matahari tergelincir pada 9 Zulhijjah- 'Haji Itu Arafah' walau sakit ke apa tetap akan dibawa ke sini dalam ibadah haji- ada jemaah yang dibawak menaiki ambulan ke sini. Ia merupakan rukun haji. Hikmahnya adalah semawa wukuf, semua manusia sama taraf  semasa berkumpul di Arafah- raja , pemimpin, lawyer majistret, semua hanya berbekalkan kain putih. Moga kita semua diberikan rezeki untuk menunaikan Ibadah Haji!

5 Mac 2012- 10.00 pagi:  Perjalanan balik dari Jabal Rahmah. Di sebelah kiri, kelihatan Padang Arafah, kami juga melalui wadi ---,(erk lupa nama la pulak) diriwayatkan kawasan inilah sumber tanah yang diambil oleh malaikat untuk mencipta manusia. Semasa malaikat mengambil tanah ini, tanah juga tidak mahu dirinya digunakan kerana bimbang manusia membuat ‘onar’, kemudian Allah perintahkan Malaikat Israfil untuk  mengambil tanah tersebut, barulah tanah menyanggupi. Akhirnya tanah ini dibawa ke syurga untuk dijadikan manusia. Kami juga melalui empangan Siti Zubaidah, diceritakan beliau merupakan isteri kepada pemerintah Harun Arrasyid. Siti Zubaidah seorang wanita demarwan dan telah menginfakkan telaga ini untuk kegunaan awam- sekarang dijadikan empangan. Mohon Allah kayakan kita seperti Siti Zubaidah supaya kita berpeluang menginfakkan harta ke jalan Allah. Amin! Kami juga melalui Muzdalifah, tempat berkumpulnya jemaah haji. Kami kemudiannya bergerak ke Mina, tempat jemaah haji bermalam di musim haji. Disebelah Mina pula tempat melontar-jamrah. Di sinilah sejarah Nabi  Ibrahim setelah menerima wahyu untuk menyembelih anaknya Nabi  Ismail- membuat persiapan seterusnya menyembelih Nabi  Ismail. Namun Allah telah menggantikan Nabi  Ismail dengan seekor kibas. Ternyata ujian yang hebat itu, diterima dengan redha oleh ketiga insane yang mulia ini- Nabi  Ibrahim, Nabi  Ismail Dan Siti Hajar. Diriwayatkan setelah Allah memerintahkan baginda menyembelih anaknya, syaitan telah menggoda Siti Hajar dan cuba menghasut Siti Hajar. Lalu Siti Hajar menghalau syaitan itu-dilemparnya dengan batu- dan mengatakan bahawa, 'Sekiranya Nabi  Ibrahim tidak menyembelih Ismail, nescaya aku sendiri yang akan menyembelihnya kerana Allah' -lebih kurang begitulah ungkapnya hamba Allah yang taat ini. Pengorbanan yang tidak terhitung ini telah diabadikan oleh Allah untuk segenap umat islam sesudahnya, dalam ibadah korban dan haji. Subhanallah. Mari kita tanya diri, apa pengorbanan yang paling besar kita dah buat kerana Allah? L. Ada ke?

Dalam perjalanan kami juga dapat melihat projek pembinaan Monorel, yang dibina oleh KTMB. Alhamdulillah, moga lebih banyak binaan orang Malaysia di bumi Mekah ini. Difahamkan oleh Ustaz, pada Jun 2012, Kota Mekah akan ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja meruntuhkan bangunan untuk penambahbaikan. Mengikut Pelan Pembangunan Kota Mekah akan siap sepenuhnya dengan binaan moden ini pada tahun 2012. Semoga kerja-kerja binaan ini siap dengan sempurna bagi memudahkan umat Islam beribadah. Sebentar lagi kami akan tiba di Masjid Jakranah. Sejarahnya Rasul SAW balik dari dakwahnya di Thaif, Nabi  SAW berhenti sebentar di Masjid Jakranah dan bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah bersama 300 sahabat. Sejarah menceritakan bahawa, Nabi  SAW membahagikan harta rampasan perang di sini, semasa perang Hunain. Ada kalangan para sahabat yang cemburu, kerana ada kaum yang mendapat lebih banyak harta rampasan, dan ada yang dapat kurang. Baginda  Rasul SAW  menenangkan hati-hati mereka dengan nasihat berguna di sini. Dikatakan juga, miqat yang paling afdhal ialah di Jakranah. Tetapi miqat ini adalah miqat yang paling jauh berbanding miqat lain dari tanah haram.
11.45 pagi - Selesai berniat ihram di miqat, kami menuju pulang ke tanah haram untuk mengerjakan umrah. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram ini, kami melalui kawasan Gua Hira', di mana Nabi  SAW telah menerima wahyu pertamanya di sini- 'iqra', bismirabbikallazikholak'- disampaikan dari Malaikat Jibrail yang telah menjelmakan dirinya dalam rupa sebenar. Nabi  diangkat menjadi Nabi  di sini. Diriwayatkan setelah menerima wahyu pertama ini, segera Nabi  pulang berikutan rasa terkejut dan takut yang amat sangat. Siti Khadijah RA lah yang telah menyelimuntukan baginda dan menenangkannya. Kami juga melalui Masjid Jin- Diriwayatkan Nabi  SAW berdakwah kepada golongan jin di sini. Semasa dakwah itu, di kalangan jin berkenaan meminta Nabi  SAW membuktikan mukjizat sebagai tanda keNabi annya. Kemudian Nabi  SAW memanggil sebatang pokok dari satu kawasan ke masjid ini. Maka pokok berkenaan bergerak ke masjid ini. Subhanallah.

6 Mac 2012-:8.55 pagi Mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Yang Berbahgia Dato Harun Din Al-Hafiz, berkenaan barokahnya bumi Mekah. Alhamdulilah, kunjungan kami ke sini, bersamaan dengan tarikh Ustaz. Menurut Ustaz Harun Din,  Sabda Nabi  SAW ' Wahai bumi Makkah, kamulah satu tempat dalam bumi Allah ini yang plg aku cintai, kalaulah bukan kerana kaum aku tidak mengusir aku keluar, maka tidak mungkin aku meninggalkan kamu, tetapi kaum mu telah mengusir aku maka terpaksalah aku keluar dari sini'. Nabi  Ibrahim dilahirkan dekat Palestine, tetapi baginda diwahyukan oleh Allah Taala, untuk  membawa isteri dan anak kecilnya berhijrah ke Mekah- Siti Hajar dan Nabi  Ismail.

Sesampainya di Mekah, pada ketika itu tiada manusia di kawasan ini. Hanyalah padang pasir gersang. Baginda kemudiannya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi  Ismail. Meninggalkan Siti Hajar dan anaknya di sini tanpa berkata apa-apa. Kemudian Nabi  Ibrahim naik semula ke atas untanya. Siti Hajar bertanya 'Kau nak tinggalkan kami berdua tanpa apa-apa di sini?' Tanpa air tanpa makanan? Nabi  ibrahim hanya berdiam. Bertanya lagi Siti Hajar dengan suara yang tinggi 'Wahai Nabi  Allah, adakah engkau nak tinggalkan aku dan anak ini atas kehendak mu atau atas wahyu Allah!.' Barulah Nabi  Ibrahim menjawab 'Atas wahyu Allah' maka jawab Siti Hajar 'Kalau begitu, pergilah, kerana Allah pasti menjaga aku di sini dan tidak mensia-siakan aku' Seterunya Nabi  ibrahim berdoa
'Aku tinggalkan zuriat aku disini dilembah yang tiada tanaman dan gersang, jadikanlah ya Allah hati2 org yang beriman menyukai untuk datang di sini dan tinggal disini'-

Kehausanlah Siti Hajar dan Nabi  Ismail. Siti Hajar ini bukanlah orang arab tetapi orang Mesir. Siti Hajar merupakan orang biasa dari Mesir, tetapi hatinya ikhlas dan tulus. Sebab itulah sehingga kini bumi Mekah dirindui oleh setiap umat Islam, makbulnya doa Nabi  ibrahim AS. Ustaz juga menyimpulkan bahawa taqwanya Siti Hajar adalah rahmat dan berkat kerana berdamping dengan Nabi  Ibrahim yang soleh. Oleh sebab itu, pentingnya dalam memastikan dengan siapa kita berkawan dan berdamping. Pengorbanan Siti Hajar, berlari-lari anak dari Safa dan Marwah untuk mencari air buat anaknya- disitulah lahirnya ibadah saie. Saie berasal dari perkataan SA'YU. Bermaksud Usaha. Maka simboliknya ialah,manusia perlu berusaha dalam menjalani kehidupan ini dengan susah payah. Begitu juga payahnya, Siti Maryam semasa melahirkan Nabi  Isa AS- Tatkala Siti Maryam kesakitan untuk melahirkan, di bawah pohon kurma, Allah memerintahkan dia, menggoyangkan pohon kurma- supaya gugur buah kurma untuk mendapatkan tenaga bersalin. Itulah hakikat wanita. Makhluk lembut yang gigih dan cekal!

Berbalik kepada cerita Siti Hajar. Sedang dia berlari mencari air, dia terlihat Nabi  ismail menhentak-hentakkan kakinya ke tanah, kemudian muncul sejenis makhluk bersayap yakni malaikat-mengipas-ngipaskan sayapnya dan menolak pasir hingga mengeluarkan air membuak-buak. Kata Siti Hajar 'Allah telah mengurniakan air untuk aku!'. Bila adanya air, adalah kabilah  yang lalu dan meminta air. Sejak itu, makin ramailah orang yang datang, dan Siti Hajar mengisytiharkan ini adalah airnya dan sesiapa yang inginkan air ini hendaklah membeli darinya (secara barter trade pada zaman itu). Maka wujudlah perkampungan di Mekah.

Setelah 6 tahun, Nabi  Ibrahim pulang berjumpa dengan Siti Hajar dan Nabi Ismail. Malamnya apabila tidur, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih Nabi Ismail. Kemudian Nabi  Ibrahim bertanyal  kepada Nabi  ismail ' semalam ayah bermimpi menyembelih kamu, apa pendapat kamu?' Jawab Nabi Ismail ' wahai bapaku, laksanakan apa yang kamu nampak itu, dan aku akan bersabar dengannya...'. Akhirnya Nabi  ibrahim mengasahkan pisaunya untuk menyembelih Nabi Ismail - dekat dengan Jamrah tempat melontar. Sesungguhnya wahyu Allah penuh hikmah- adakalanya tidak boleh diterima akal. Daripada peristiwa inilah lahirnya ibadah korban. Nabi  Ibrahim menyembelih tetapi pisau itu tidak melukakan Ismail- maka Nabi Ismail menyuruh ayahnya memalingkan muka- kerana beliau merasakan mungkin disebabkan rasa sedih maka pisau berkenaan tidak lut. Kemudian Nabi Ismail memalingkan pipinya ke tanah, dan Nabi Ibrahim menyembelih dengan nama Allah- memancarlah darah-rupanya darah itu adalah darah kibas yang telah digantikan oleh malaikat. Apabila Nabi  Ibrahim membuka matanya- dia melihat Nabi  Ismail sedang berdiri menadah tangan berdoa kepada Allah. Yang disembelih adalah seekor kibas! Bukan Anaknya!. Kemudian , Nabi  ibrahim balik semula ke Palestin.

Setelah Nabi  Ismail membesar, Nabi  ibrahim kembali ke Mekah. Selepas bertanya rumah Nabi Ismail- sampaila baginda  di rumah Nabi Ismail- Baginda memberi salam, keluarlah isteri Nabi Ismail. Apabila  baginda bertanya tentang  Nabi  ismail, isterinya dengan keluh kesah menceritakan nasibnya yang sering ditinggalkan suami, tanpa makanan kerana melaksanakan kerja dakwah. Nabi  Ibrahim tanpa memperkenalkan diri kepada menantunya itu, meminta pen daripada menantunya itu. Tulis Nabi  Ibrahim 'tukar bantal kamu'- kemudian Nabi  ibrahim balik semula ke Palestin. Sekembalinya  Nabi  Ismail ke rumah, isterinya menceritakan kedatangan seorang tua dan diberikannya surat tersebut. Tahulah Nabi Ismail  bahawa itu adalah bapanya- maka kata Nabi  Ismail kepada isterinya ' aku ceraikan kamu kerana Allah'.

Tahun kemudiannya berulang semula cerita yang sama. Nabi Ibrahim AS berjumpa dengan menantu barunya semasa ketiadaan Nabi Ismail di rumahnya'. Nabi Ibrahim bertanyakan soalan yang sama kepada menantu barunya itu 'Bagaimana dengan suami mu?'- Jawab si isteri  ' Dia seorang yang amanah, melaksanakan dakwah, aku bertuah beroleh suami sepertinya'- maka Nabi Ibrahim menulis pesanan lagi berbunyi 'Peganglah isteri mu baik-baik, jangan diceraikan sepanjang hidup' - Dari keturunan Nabi Ismail dengan isteri solehah inilah, lahirnya keturunan Bani Hasyim- Muhammad SAW. Ini  adalah kisah yang membuktikan bahawa sekiranya kita melaksanakan perintah Allah, pasti ada hikmahnya. Begitu juga wahyu yang memerintahkan Nabi  berhijrah. Hanya diperintahkan berpindah ole Allah SWT dikala rumah baginda telah dikepung oleh 248 orang  pemuda musyrikin. Siap dengan tombak dengan lembing bersedia untuk membunuh Nabi SAW. Secara logik, akal memanglah tidak rasional. Tetapi Nabi SAW taat kerana yakin pada Allah! Nabi  keluar, seorang diri. 'Ayat yasin yang ke 9 merakamkan peristiwa ini. ' Kami jadikan dinding ...dan kami tutup mata mereka'..Nabi  keluar di depan mereka , mengambil pasir dan meletakkan di kepala mereka. Tanpa mereka sedar Nabi  SAW keluar di hadapan mereka, Nabi  keluar bukan sebagai penakut, tetapi keluar dengan penuh berani, kerana ketakwaan kepada Allah. Perjalanan Nabi SAW  ke Madinah tidak melalui jalan biasa, untuk mengelak dijejak oleh kaum musyrikin. Tetapi kaum musyrikin tetap boleh mengesan laluan Nabi  SAW kerana orang musrikin telah mengupah pakar pengesan tapak kaki- yang boleh mengesan tapak kaki manusia. Dia mempunyai Ilmu asad ilmu kaifiah. Tetapi sepandai mana pun mereka, Allah bersama Nabi SAW, Nabi SAW  bersembunyi di Gua Thur bersama Abu Bakar. Lubang ke pintu gua itu dilindungi oleh Allah dengan dihantar burung merpati, labah-labah dan juga 'rasa malas' di kalangan orang yang mencari. Malas ini sejenis makhluk!. Perang Tabuk- tahun kemarau, dan kurang makanan- tentera rom bersedia untuk menyerang Madinah- Apabila baginda mengetahui hal ini- Nabi  SAW mengumpulkan tentera untuk berperang keluar bagi menyelamatkan Madinah. Tiga puluh ribu tentera dikumpul, ada yang menawarkan diri tetapi tiada apa-apa bekalan dan senjata. Nabi  terpaksa menolaknya kerana Nabi  sendiri tiada senjata untuk diberikan kepada mereka. Hanya 30ribu orang yang dibawa melawan 400ribu musuh. Tetapi tentera taqwa ini menang kerana musuh gerun dengan pasukan Allah ini.

Ustaz turut menceritakan bahawa, pada satu ketika, isteri-isteri Nabi  SAW berpakat untuk meminta perkara-perkara dunia:- khadam, rumah lebih besar, perhiasan rumah dan diri- Maka turunlah ayat-'kalau kalian, hendakkan juga apa yang kalian minta tetapi saya tak boleh bagi, tapi akan ku bagikan secara mutaah-cerai  dengan cerai yang baik.’

Dikatakan kepada semua orang isterinya 9 orang itu. Bila dah jadi begini, barulah mereka sedar bahawa,ianya serius, dan memahami bahawa menjadi isteri Nabi , bukan dunia yang dikejar, tetapi kebaikan di dunia dan akhirat. Akhirnya mereka minta maaf, dan menarik balik permintaan mereka, mereka mengakui sepatutnya mereka akur dan redha dengan apa yang ada.

7 mac 2012- 2.45 pm: Memulakan perjalanan ke ladang unta, ladang kurma dan ke MAsjid Hudaibiyah. Insyaallah bermiqat di sana. Lawatan ke ladang unta insyaallah membolehkan kami membeli susu unta yang berharga 5 rial sebotol. Ustaz menceritakan bahawa unta Rasullulah SAW bernama Al-Qaswah- unta inilah antara yang awal mengetahui bahawa Nabi SAW akan meninggal dunia- beberapa hari sebelum kewafatan baginda,unta itu menangis.

Unta merupakan sejenis binatang yang pemalu. Unta juga binatang yang lasak. Pada zaman dahulu, unta merupakan pengangkutan jarak jauh yang utama kerana sifatnya yang tahan lasak. Istimewanya makhluk Allah ini, setelah berjalan  100km ia akan berhenti dan merehatkan dirinya. Maka  tahulah orang dahulu kala sudah sampai masanya untuk menunaikan solat jamak. Teringat pula dialog S. Shamsudin dalam filem  Ali Baba Bujang Lapok pada adiknya Aziz Satar yang malas bekerja 'Unta padang pasir pun tak ada malas macam kau!'. Hehe.

Hudaibiah ialah tempat Nabi  SAW dan sahabat singgah sebelum peristiwa pembukaan kota Mekah. Di masjid inilah Nabi  SAW berbaiah dengan para sahabat. Disini juga terdapat perigi Shumaisi, di mana perigi ini terhasil dari hentakan tombak Nabi SAW, maka dapatlah para sahabat minum semasa persinggahan tersebut. Di sini juga termaktubnya perjanjian hudaibiah setelah Nabi  SAW ingin menunaikan umrah tetapi orang musyrikin Mekah menghalang dan meminta supaya Nabi SAW  dan rombongannya menunaikan pada tahun berikutnya. Perjanjian itu kelihatan berat sebelah, antaranya kalau orang musyrikin lari ke Madinah untuk masuk islam, mesti dikembalikan kepada kaum musyrikin. Oleh kerana ramai sahabat tidak puas hati, maka berlakulah baiatul ridwan, di bawah pokok ridwan antara para sahabat dan Nabi  SAW.

14 MAC 2012- 6.20AM: Baru sahaja selesai menunaikan ziarah Wida ke makam rasullalah. Ye. Kami telah ke Madinah pada 11 mac 2012 jam 3.30 petang. Perjalanan
 ke Madinah dari kota Mekah mengambil masa 5 jam lebih dengan jarak 460km. Bayangkan, Nabi SAW berhijrah bersama para sahabat hanya menaiki unta yang mengambil masa 14 hari. Laluan yang digunakan oleh baginda pula, bukanlan laluan mudah ini, tetapi laluan yang lebih jauh bagi mengelakkan jejaknya diikuti oleh kaum musyrikin. Selawat ke atas Rasul SAW di atas kepayahan dan pengorbanan baginda!

 Kami berhenti rehat di R N R di Wadi Gudaid. Solat qasar asar di situ, dan menikmati makan malam-nasi arab yang begitu lazat! Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan tiada apa yang menarik perhatian- hanya padang pasir yang terbentang luas. Perjalanan yang panjang digunakan sepenuhnya untuk merehatkan badan oleh para jemaah-tidurla! Hehe. Iye, sepanjang di Mekah jadual padat mengejar waktu solat berjemaah di masjid, tawaf sunat dan mengulang umrah serta ziarah. Selain itu aktiviti melontar juga ada! Jangan salah faham! Dalam rukun umrah tiada ibadah melontar, sebaliknya istilah melontar bagi kami di sini ialah-bershopping! Melontar duit! Hehe, itulah hiburan dikala berada di Mekah- buah kenangan untuk yang tersayang di Malaysia. Kekadang masa solat pun terfikir-fikir, orang ini nak bagi ini,  orang itu nak bagi itu. Astagfirullahal azim! Hehe .

Ye berbalik di Madinah, satu kewajipan yang perlu ditunaikan sebelum meninggalkan bandar Madinah, ialah mengucapkan salam selamat tinggal kepada baginda Rasul SAW. 3 hari di Madinah membawa saya mengunjungi Makam Rasul, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang letaknya di dalam Masjid Nabawi. Selain itu kami turut mengunjungi perkuburan Baqi (perkuburan Saidina Uthman, Saidatina Aisyah serta ahli keluarga dan sahabat yang lain), perkuburan syuhada di Jabal Uhud (termasuklah Saidina Hamzah), Masjid Quba' (masjid pertama yang Nabi  dirikan setelah berhijrah ke Madinah-dan Nabi  katakan ini adalah masjid yang dibina atas dasar taqwa), masjid Qiblatain (masjid di mana Nabi  SAW menerima wahyu supaya menjadikan baitullah sebagai kiblat kita). Diriwayatkan bahawa, menziarah maqam baginda umpama bertemu baginda semasa hidupnya, dimana satu salam dan selawat ke atas baginda di balas baginda rasul sebanyak 10 kali.

Bagi kaum wanita, untuk menziarah maqam Nabi SAW bukanlah perkara yang mudah. Selain jadual masa tertentu untuk kaum hawa-lepas subuh, lepas zohor dan lepas isyak. Waktu yang terhad dengan limpahan muslimat, menyebabkan keadaan untuk memasuki ruangan maqam Nabi SAW  dan kawasan raudhah (raudhah ialah satu kawasan di dalam masjid yang digunakan oleh Nabi  dalam kerja dakwah, bertemu sahabat dan majlis ilmunya-tempat ini amat mustajab untuk berdoa dan menunaikan solat sunat disini). Saya mula menunggu di depan pintu ke makam Nabi  dari ruang solat wanita sebaik sahaja selesai solat zohor. Keadaan berasak-asak, antara jemaah dari turkey dan india, indon dan negara lainnya. Adengan tolak menolak dan himpit-menghimpit tu memang dah jadi kebiasaan mereka. Kita orang Malaysialah yang paling 'beradab' di sini. Sedang menunggu pintu dibuka, tetiba pengawal wanita bertudung litup menjerit-jerit 'bahasa malayu! Sini! Ibu ke sini! Malaysia indonesia ke sini berkumpul!'- walaupun dah berada betul2-betul di depan pintu, untuk mengelakkan masalah, akurlah kami dua tiga orang Malaysia memberi ruang kepada warga Turkey yang agak agresif. Rupanya kami dari Indon Dan Malaysia dikumpulkan dahulu ke belakang bagi memberi laluan kepada jemaah bertubuh 'sasa' itu masuk dahulu.

Kami di bawa dari satu ruang ke satu ruang dan disuruh duduk. Payahnya pengawal itu mengawal mak-mak arab tok sah cakapla. Terjerit-jerit 'masyaallaah! Lahaulawalakuwwataillah!'. Yang pasti, semua mereka begitu teruja sehingga terlupa pesan Rasullullah SAW sendiri, untuk saling hormat menghormati dan mendahulukan yang hak!. Keadaan mereka seolah diserang histeria.


Semasa duduk menunggu tu, dapatlah dilihat adengan kejar mengejar, melarikan diri, menerobos sekatan pengawal wanita yang cuba memastikan tiada jemaah yang dirempuh oleh jemaah yang berbadan besar. Tapi, betullah, mak mak arab ni tak makan saman. Selamba je mereka melepasi sekatan  pengawal wanita yang terjerit-jerit memohon kerjasama. Semasa kami duduk kali kedua (kami di bawa menunggu ke dua ruang masjid) , air mata saya berhamburan. Sedangkan di dunia sudah begitu payah saya nak bertemu dengan baginda rasul SAW, mampukah saya bertemu dan bersama Nabi  Muhammad SAW di padang mahsyar kelak. :(. Kata ustaz, di padang mahsyar, kita akan dikumpulkan mengikut Nabi  masing-masing, Nabi  Nuh dengan umatnya, Nabi  Musa, Nabi  Isa dan kesemua rasul dan yang akhir rasul kita Muhammad SAW. Tambah ustaz, semasa berkumpul itu, Nabi  melihat ada antara umatnya yang tercari-cari akan baginda dan tidak nampak akan baginda rasul walhal baginda jelas nampak akan mereka. Apabila Nabi  SAW bertanya kepada malaikat, ‘Kenapa mereka tidak nampak aku?’ Jawab si malaikat- ‘Kerana mereka mengaku umat mu tetapi tidak mengikut ajaran mu’.  Nauzubillah. Mohon kita dapat bertemu kekasih Allah di sana! :(.


Setelah sejam, 'ditahan' kami di bawa secara berkumpulan ke maqam Nabi SAW, Saidina Umar Dan Saidina Abu Bakar. Saya terasa agak terkilan kerana dinding makam jauh benar dari kami, apa boleh buat, inilah nasib wanita di tanah arab! Masih lagi ada ciri-ciri arab jahiliah yang mana wanita dianggap kelas kedua- segalanya kurang untuk wanita, ruang solat jauh dari raudhah dan juga dari Kaabah berbanding kaum lelaki. Kadang-kadang saya terfikir, payahnya wanita hendak beribadah dengan selesa di sini, dan wanitalah juga paling ramai di neraka! Hmm..tapi berbaik sangkalah, macam kata bos saya, ‘wanita yang ramai dalam neraka tu wanita dari Amerika!’ Erk hehehe. Hmmmm...berbalik kepada cerita di Raudhah.

Setelah mengucap salam dan berselawat, kami berhimpit-himpit pula di ruang Raudhah- ruang ini amat terhad keluasannya. Dalam 20-30 kaki persegi. Tanda yang dibuat ialah karpetnya berwarna hijau. Saya telah berdoa dari Malaysia lagi, berharap, saya berpeluang solat sunat di sini. Ramai teman-teman yang saya jumpa di Masjidil Haram dan telah ke sini memberikan panduan- kalau nak solat sunat kena minta kawan-kawan tolong halang orang-orang Turkey yang mengasak kita. Solatlah bergilir-gilir. Alhamdulillah dalam keadaan huru hara itu kami diberi kesempatan oleh Allah. Cumanya, tidaklah mampu untuk berdoa lama semasa sujud, sebab kalau lama ada risiko tapak kaki mak arab mendarat di atas kepala! Jadi satu doa ringkas yang terlintas di hati saya ialah memohoan Allah membebaskan saya, keluarga dan sahabat dari fitnah kubur dan api neraka, semoga anak-anak menjadi hamba Allah yang taat dan semoga taubat saya diterima. Moga doa saya diterima :(.

Menurut ustaz, Raudhah ini adalah taman syurga, kelak di hari akhirat Raudhah dan Jabal Uhud akan diangkat ke syurga.

Kami sebenarnya tiba di Madinah pada malam Isnin, hari Selasa kami mengisi hari dengan bersolat di masjid nabawi Nabi SAW bersabda bahawa solat di masjid Nabi  dikurniakan 1000 pahala. Peraturan untuk kaum hawa di sini juga agak ketat, sebelum masuk beg akan diperiksa, sekiranya terdapat buku doa atau handphone, kita tidak akan dibenarkan masuk atau ianya akan dirampas. Jadi pandai-pandailah seludup telefon masuk! Ada yang menyelitkan di stokin saya plak gengam handphone sambil pegang telekung! Selamat!  Yang pelik jemaah lelaki tidak pula diperiksa sebegitu. Pintu masuk perempuan juga terhad berbanding lelaki ! Ramai juga jemaah wanita bersolat diluar-lazimnya jemaah india, pakistan lebih selesa bersolat diluar. Jadi tiap kali nak masuk Masjid Nabawi, kita terpaksa bersesak dan berhimpit sambil dimarahi dek pengawal wanita ' Sabar Bu! Sabarrrrr!' Walhal jemaah Malaysia Dan Indonesia baik-baik aje, yang
Hari ini berangkatlah pulang kami semua dari tanah haram Madinah ( yang telah diharamkan oleh Nabi  muhammad SAW), moga kami dikurniakan ' sesuatu' oleh Allah berkat kunjungan kami ke Baitullah dan Madinah Almunawwarah. Moga energy beribadah di dua kota suci ini, berkekalan sekembalinya kami ke tanahair. Doa saya, moga Allah tidak membalik-balikkan hati ini, dan memberikan kekuatan untuk istiqamah mencintai Allah dan Rasul bukan setakat di bibir tapi di dalam perlakuan dan amalan.

Catatan perjalanan ini diharap dapat menambahkan bait-bait rindu semua sahabat yang membacanya untuk mengunjungi Baitullah, kota suci, penuh keajaiban yang mengajar kita erti pengorbanan Nabi  Ibrahim,Nabi  Ismail, Siti Hajar , Nabi  muhammad SAW , para sahabat, para syuhada yang berjuang demi mempertahankan akidah kita. Kisah-kisah pengorbanan insan mulia ini, membuat kita terfikir, apa yang telah kita korbankan demi Allah dan Rasul selama ini? Hampir tiada. Keberadaan kita di dua tanah haram, dalam puluhan bahkan mungkin ratusan ribu manusia, juga mengingatkan kita akan hari kebangkitan di mana semua manusia berkumpul menghadap tuhan dengan hanya memikirkan nasib diri sendiri adakah menerima buku amal di tangan kanan atau tangan kiri.

Begitulah yang dirasakan bila kita berada di Mekah dan Madinah. Masing-masing berebut-rebut dan tergesa-gesa hanya memikirkan nasib diri sendiri, tidak orang lain. Ada yang menolak, menunjal kepala, melangkah kepala kita sedang solat, semuanya semata-mata kerana ingin mencari tempat solat atau memegang Kaabah, mengucup Hajarul Aswad, memegang Multazam, solat di dalam Hijr Ismail. Semua orang menjadi begitu 'selfish' di sini. Semasa tawaf pula, jemaah bertubuh sasa  lazimnya akan menolak kita dan menghimpit bagi memastikan mereka tidak terpisah dari kelompoknya dan boleh tawaf dengan lebih cepat. Selesai tawaf pula, masing-masing sibuk mencari lokasi solat sunat yang paling dekat dengan Makam Ibrahim, tanpa memikirkan laluan untuk orang lain tawaf. Di Baitullah, keadaan huru hara padang mahsyar jelas tergambar. Ada yang menangis, merintih, bersujud kepada tuhan yang satu.

Maha Suci Tuhan yang telah sudi menjemput saya ke sini, Hati ini mengharapkan pertemuan seterusnya dalam musim haji. Moga Allah menjemput saya lagi untuk menunaikan rukun islam yang kelima dalam masa umur saya yang masih muda! Sungguh, saya telah tertipu dengan dunia, patutnya perjalanan ke rumah Mu ya Allah telah saya turuti lebih awal. :(. Semoga dapat dijadikan iktibar kepada anda yang lebih muda dan bertenaga, kerana ibadah umrah dan haji menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi! Wallahuaalam. Assalamualaikum!