Total Pageviews

Monday 5 December 2011

Epilog dari Akmal

Assalamualaikum..
Saya sekarang berada di Akmal, setelah genap setahun lebih saya kembali berkursus ke sini - kali ini lebih pendek tempohnya yang tentunya lebih ideal- 3 hari. Sungguh, Hati ini berat benar untuk ke sini kali ini kerana banyak lagi kerja yang belum dibereskan. Namun, oleh kerana sudah diarahkan, maka suka atau tidak kenala pergi jugak. Bila difikir, bukan saja kerana kerja yang banyak di hujung tahun buat saya sedikit terkilan, tapi juga bila mengenangkan ini merupakan kursus kedua dengan content yang sama saya hadiri pada tahun ini. Tidak cukup dengan itu, rasanya sayalah peserta kursus paling junior bagi kursus ini kerana melihatkan senarai peserta semuanya otai-otai pengurusan, tapi disebabkan di tempat saya masih lagi tiada gred jawatan tinggi membuat kerja kewangan, maka sayala 'mangsa'nya sokmo. Saya sudah dapat membayangkan, betapa 'lonely' nya saya sepanjang kuliah nanti. Walaubagaimanapun, saya sedaya upaya melihat arahan ini dari sudut positif. Mungkin tuhan memberi ruang kepada saya untuk bertenang seketika di Akmal. Di Abid 6 yang bertaraf international ini. Wajar juga saya manfaatkan masa bersendiri yang ada untuk muhasabah diri, dan mengkaji semula tindak tanduk saya sepanjang tahun ini. Juga satu ruang untuk saya mengambil masa yang ada untuk merehatkan minda, fokus kepada Allah dan akhirat juga. Ye, di sini, makan minum terhidang, bilik pun ada orang yang kemaskan. Mana nak cari beb. Kalau kat rumah, tak menang tangan buat kerja. Rehat hanya selepas isya dan selepas semua kerja rutin seorang ibu selesai. hmmmm teringat saya akan maksud surah Ar-rahman-sepotong ayat yang diulang-ulang dalam surah itu yang berbunyi 'Maka, nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?'- lebih kurang maknanya. Ye. Bila difikir,(seperti yang kerap diulang oleh Allah dalam Al-quran-tidakkah kamu berfikir?) Nikmat dan kurnia Allah melimpah untuk kita dan jauhla lebih banyaknya berbanding ujian kesusahan yang Allah berikan pada kita. Tubuh badan yang sihat, anggota pancaindera yang sempurna, udara, tempat tinggal, keluarga ..sungguh tidak terkira. Tapi berapa kali la sangat kita berterima kasih pada Allah dalam sehari. BeRapa minit masa yang kita guna sehari untuk memikirkan nikmat di sekeliling? Saya sendiri terlalu banyak memikirkan 'to do list' serta masalah yang tentunya menfokus kepada dunia setiap hari. Dunia yang menipu. Sedang tuhan telah bertanya- Maka , nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?- Ironinya kita selalu merasakan diri kita paling payah dan susah bila dilanda sedikit musibah, sehingga kita terlupa nikmat melimpah yang Allah kurniakan. Masyaallah, maha kaya tuhan..segala puji Untuk Mu..atas segala Rahmat yang tidak terhitung oleh ku...

No comments:

Post a Comment