Total Pageviews

Monday 5 December 2011

Kisah Haji Mabrur

Satu lagi nak share- sorryla hari ni banyak masa coz auditor ni tengah semak dokumen dan saya menunggu untuk disoal hehe. So masa yang ada ni elokla saya gunapakai untuk menyebarkan isu menarik atau ilmu yang baru saya tahu. Sebab hakikatnya masih terlalu banyak yang saya tak tahu pasal agama...tengah belajor bos...hehe
Saya ada terdengar cerita pasal haji dari radio ikim.fm yang diambil dari kitab apa saya tak ingat namanya. (Sorryla symtom 30an hehe).
Cerita ni mengisahkan seorang ulama yang mengerjakan haji (juga saya lupa namanya! Hehe). Selepas tawaf, saei, beliau keletihan lalu bersandar disatu tiang lalu tertido. Dalam keadaan beliau mengantuk nak tertido tu, beliau terdengar suara cakap-cakap. Dan selepas diamati, tahulah beliau yang bercakap itu adalah malaikat. Dua malaikat ni bercakap lebih kurang beginilah bunyinya ' dalam ratusan ribu manusia yang kerjakan haji ini, siapa yang mendapat haji mabrur?' Jawab malaikat lain 'Hanya seorang' tanye balik malaikat yang tadi 'siapakah orang itu dan di mana dia sekarang' jawab malaikat satu lagi ' Namanya Muaffaq, dia sekarang di Damsyik' sebaik terjaga dari tidur, ulama tersebut terfikir-fikir perbualan yang didengarnya tadi. Lantas beliau bertekad untuk pergi ke Damsyik, mencari pemuda bernama Muaffaq itu. Setelah sekian lama mencari, maka berjumpalah ulama ini dengan Muaffaq. Maka bertanyalah dia, bagaimana haji yang telah dilakukan. Muaffaq sangat terkejut, kerana beliau tidak lagi mengerjakan haji. Namun beliau menceritakan apa yang berlaku.
' Wahai tuan, sebenarnya memang hamba berhasrat untuk mengerjakan haji tahun ini. Namun niat itu tidak kesampaian. Hamba ini bukanlah orang kaya, hamba bekerja dan gajinya hamba guna untuk keperluan, zakat dan selebihnya untuk simpanan haji. Telah bertahun hamba menabung untuk menunaikan haji, tapi baru baru ini duit berkenaan hamba terpaksa gunakan untuk tujuan lain. Ceritanya begini, pada suatu hari, isteri hamba yang sedang mengandung terhidu bau masakan yang sangat enak dari jiran sebelah. Beliau meminta hamba meminta sedikit dari jiran kerana mengidam untuk makan makanan yang enak itu. Hamba pun terus mengetuk pintu rumah jiran hamba itu, seorang ibu tunggal dengan 3 anak. Ibu tunggal berkenaan sangat terkejut, dan memohon maaf kerana tidak dapat memberikan masakannya itu. Sebenarnya sudah beberapa hari anaknya tidak makan kerana tiada apa yang boleh dimakan berikutan kemiskinan. Jadi beliau keluar mencari makanan dan terjumpalah keldai mati lalu dipotong dagingnya dan telah dimasak. 'Wahai tuan, makanan ini tidak boleh dimakan oleh kamu kerana kamu mampu untuk memakan makanan halal, sebaliknya kami ini dalam keadaan darurat maka halal bagi kami, maka tidaklah boleh aku memberikan kepada isteri mu itu'
Lebih kurang begitulah bunyinya.kemudian, muaffaq berasa sangat malu kerana tidak mengetahui kesusahan jiran sendiri dan tidak membantu. Ibu tunggal berkenaan pula enggan meminta minta jadi segala kesusahan cuba diatasi sendiri dan cuba berselindung dari jirannya.Muaffaq berasa sangat sedih lalu memberikan semua simpanan hajinya kepada ibu tunggal berkenaan untuk membantu hidup mereka sekeluarga. Muaffaq berkata ' rezeki dari Allah pasti ada untuk dia menabung semula bagi mengerjakan haji...'
Maka fahamlah ulama berkenaan berkenaan pahala haji mabrur yang dicakapkan oleh malaikat berkenaan. Walaupun tidak menunaikan haji, namun kesungguhan Muaffaq menabung dan sanggup mengorbankan simpanan demi membantu jiran merupakan sedekah yang tidak ada tolak banding nilainya. Wallahualam. Selamat beramal wahai sahabatku semua :)

No comments:

Post a Comment